Monday, November 7, 2016

Video: Geng Merah Sedia Jadi ‘Pengawal Keselamatan’ Bersih 5

KUALA LUMPUR – Pemimpin Gerakan Merah, Datuk Jamal Yunos memberi jaminan kepada penganjur Bersih 5 akan menyediakan ‘pengawal keselamatan’ kepada mereka sekiranya perhimpunan Bersih dilakukan di dalam stadium.

Menurutnya, beliau akan menyediakan seramai 2000 orang pengawal keselamatan bagi membantu mereka menjaga keselamatan ketik perhimpunan.

“Tapi jika mereka bersetuju untuk berhimpun di kawasan Stadium di Shah alam kerana selangor ini adalah negeri mereka kami rela untuk menjadi pengawal keselamatan kepada mereka di dalam Stadium Shah alam, Stadium Bukit Jalil atau dimana-mana stadium.

“Kami akan memberikan sumbangan tenaga seramai 2000 orang untuk menjadi pengawal keselamatan kepada Bersih sekiranya mereka buat di stadium.,” katany ketika ditemui media selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Ipd Dang Wangi, tadi.

Namun beliau turut memberi amaran kepada penganjur Bersih 5 bahawa mereka akan bertindak sekiranya mereka masih berdegil mengadakan demonstrasi jalanan pada 19 November ini.

“Dan saya juga menyatakan kepada pihak polis yang kami beri jaminan sepenuhnya jika ada perhimpunan bersih pada 19 november akan datang, kami juga akan ada di tempat dan waktu bersih ada di sana.

“Tidak ada kuning, tidak ada merah, namun jika mereka ingkar bersedialah berhadapan dengan kami kerana kami telah mempersiapkan diri untuk berdepan dengan mereka,” ujarnya.

Terdahulu, permohonan Geng Baju merah untuk mengadakan perhimpunan pada hari yang sama dengan Bersih 5 telah ditolak oleh Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

Jelas penderian pada hari ini datang ke IPD untuk berbincang dan permohonan kami telah ditolak oleh bandaraya, tapi kami tidak teragak-agak untuk mengerakkan semua penyokong kami diseluruh negara.-SuaraTV

Tapi kalau mereka ingkar

Tokoh Ulama Tertua Kelantan, Ayah Mat Lundang Paku Meninggal Dunia

KOTA BHARU – Ulama tersohor dan tertua di Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Mamat Awang Noh atau mesra dengan panggilan Ayah Mat Lundang Paku meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang merupakan seorang tokoh agama cukup disegani di seluruh negara ini selamat dikebumikan di Madrasah Lundang Paku, Paya Zaman, Dewan Betta di sini jam 10.30 pagi bersebelahan dengan pusara gurunya, Allahyarham Tok Ayah Said yang meninggal pada tahun 1984.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Madrasah Lundang Paku sebelum dikebumikan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.45 pagi di sisi cucu tirinya dan murid-murid lain di madrasah yang diasasnya sejak 40 tahun itu akibat sakit tua.

Anak muridnya, Mohd. Idris Haron,47, berkata, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang tidur sebelum disedari oleh cucu tirinya.

‘‘Allahyarham semasa hayatnya merupakan seorang insan yang cukup gigih mendalami ilmu agama selain mempunyai anak murid yang ramai di seluruh negara.

‘‘Pemergian Allahyarham amat dirasai kerana Ayah Mat ba­nyak menghabiskan masanya dengan me­ngajar agama,” petik Utusan.

Terdahulu, Ayah Mat Lundang Paku berusia 127 tahun ini me­rupakan di antara ulama tertua di Kelantan dan difahamkan sewaktu zaman mudanya, Allahyarham banyak menuntut ilmu agama dan telah berulang alik ke Mekah sebanyak 12 kali.

Allahyarham juga dikatakan merupakan anak murid dan sahabat Tok Kenali, juga seorang tokoh ulama tersohor di Kelantan.

Waspada tawaran keahlian syarikat pelancongan

Quote:

IPOH: Orang ramai harus berwaspada sebelum menjadi ahli kepada mana-mana agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai tawaran istimewa pakej pelancongan kepada ahli

Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat, Aldrich Low, berkata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tidak pernah mengiktiraf atau menyokong sebarang pengeluaran kad keahlian pelancongan selain sudah mengeluarkan surat larangan penjualan kad keahlian oleh sebarang agensi pelancongan bermula 11 Januari 2008

“Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, walaupun syarikat berkenaan sah didaftar dan dilesenkan di bawah kementerian itu, pengeluaran kad keahlian pelancongan tidak diiktiraf oleh kerajaan

“Jadi, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap sebarang tawaran daripada syarikat pengendali pelancongan yang mengenakan premium tahunan bagi mendapat kad keahlian yang kononnya menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk diskaun percutian, hotel, taman tema, serta insurans kemalangan peribadi,” katanya pada sidang media di Pejabat MCA Perak, di sini, hari ini

Sidang media itu dibuat susulan kes seorang mangsa, Tan Lay Yen, 26, yang membuat laporan polis serta Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) selepas berasa tertipu apabila tidak dapat membatalkan keahliannya bagi pakej pelancongan berserta insurans yang dibeli atas tawaran dalam talian daripada sebuah syarikat pengendali pelancongan

Menerusi kenyataannya, Lay Yen mendakwa dipaksa membayar premium tahunan sebanyak RM330 setahun bagi mendapatkan keistimewaan sebagai ahli walaupun ingin menamatkan keahliannya pada tahun ini

“Saya mula mendapatkan keahlian dari syarikat itu sejak tahun lalu namun selepas berasa rugi berikutan tidak kerap melancong, saya bercadang menamatkan keahlian tahun ini

“Bagaimanapun, apabila pembatalan untuk tahun ini diusulkan, syarikat berkenaan enggan menamatkan keahlian saya dan memaksa saya membayarnya untuk tahun ini,” katanya

Low bagaimanapun menyifatkan kes berkenaan sudah selesai selepas syarikat terbabit mengembalikan semula wang yang dicaj daripada kad kreditnya sebanyak RM660 iaitu pembayaran untuk tempoh dua tahun

“Walaupun kes ini sudah selesai, namun saya sarankan agar orang ramai yang pernah atau sedang mengalami kejadian serupa agar membuat laporan kepada polis serta TTPM bagi mengelakkan perkara ini berulang selain dapat mengembalikan hak mereka,” katanya

Selanjutnya di : http://ift.tt/2fbDVOa